RUMUSAN

 Dasar merupakan suatu kerangka, panduan, pelan, strategi atau petunjuk yang dirancang untuk menterjemahkan wawasan kerajaan kepada suatu program dan tindakan untuk mencapai hasrat yang diingini (Wawasan - keputusan - tindakan). Mengapa perlu membuat dasar ? Terdapat banyak sebab : janji politik, anjuran pihak dalaman, krisis serta merta, tanggungjawab antarabangsa, penyesuaian atau penyelarasan program sedia ada dan sebagainya. Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan bertujuan untuk mendisiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Dasar-dasar tersebut bermatlamat untuk keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor pendidikan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah (Top - Down). Guru-guru sebagai pelaksana perlulah akur dengan dasar yang telah dibuat.

Comments

Popular Posts